Friday, 6 April 2012


KEMANA ARAH MELANGKAH

Sekecil tapak bayi
Hanya sebesar dua jari
Putih bersih gebu kemerahan
Ku usap dalam kegelian kenakalan
Letak dipipi kucium wangi kasturi

Hari demi hari berlalu
Tapak kaki makin kuat berdiri
Bertatih dan akhirnya berlari
Dan aku, tidak mampu lagi kejari

Degup jantung ku rasa tak tenang
Dalam hati ku sentiasa gusar
Kaki mu melangkah semakin panjang
Tanpa hati-hati, aku takut kau tersasar

Hai anak ku...

Remaja kamu tidak boleh lagi ku tahan
Lincah kamu menarik perhatian
Dalam hati ku risau kengerian
Takut kamu tersilap langkah jatuh kesakitan

Aku hanya mampu berserah
Agar langkah mu tahu kemana arah

Semakin jauh kau melangkah
Hati ku sayu melihat jejak
Tak terdaya tanganku mengapai
Hanya air mata turun berderai

Hanya rindu ku pendam bersama jejak kasih
Bersama memori tapak kecil dan wajah bersih
Menyimpan seribu suka dan sedih
Ketika kau mula belajar bertatih

Aduhai anak ku....Dimanakah kau menghilang
Pergi tanpa meninggal langkah bayang....
Kesihannya aku sebagai ibu malang...
Yang menanti anak tidak tahu jalan pulang....

Bertarikh: 2 Julai 2010