Tuesday, 17 April 2012


DIA YANG MASIH MEMBERI KESEMPATAN....

Terima kasih kerana memberi peluang
Terima kasih kerana memberi aku kesedaran
Biarpun dulu aku mungkin penyebab air mata kecewanya menitis
Mungkin amarahnya seperti aku
Antara kasih anak dan emak
Tapi siapa sangka, aku masih boleh duduk semeja
Masih boleh bercerita kisah lama dan kisah duka
Kisah yang tak sempat untuk dibincang bersama
Akhirnya dia boleh meluahkan apa yang tersirat dan tersurat
Kerana aku juga bergelar emak
Dia juga seperti aku, masih mengharap sentuhan anak
Tapi apakan daya, diri yang sudah tidak bertenaga
Keluhan perihal anak-anak sentiasa diminda
Ikutkan hati masih perlukan kunjungan mereka
Tapi mulut terkunci bila anak2 ada alasan tersendiri
Dan dia biarlah menghabiskan sisa2 menyendiri
Hidup dalam dunianya yang sepi
Dan aku masih sempatkah menghayati...
Antara kasih emak dan cinta ayah, kasih masih lagi bersemi...

HakCipta©19 November 2010