Duhai alam yang fana
Biarpun kesepian dan sendu
Aku masih mampu mendengar
Bisikan angin lalu
Gemersik kicauan burung bercanda keriangan….
Duhai rasa usahlah kecewa
Biar didodoi nyanyi duka
Lenalah mendakap luka
Esok belum tentu ada cahaya
Kumpul kudrat menggapai redha
Suatu hari nanti, semua akan berakhir disini
Diantara bayangan kita yang saling berbincang tentang senja…
Panggillah aku situa atau sigila agar hatiku tidak berbunga
sengsara
Kerna kitaran hari-hari terus berlalu
Sampai masanya bertitikkan noktah
Ketika itu jangan terkenang lagi
Kerana segalanya kabur dan kabus…
Berbicara dan janji berhenti sendiri…25 Ogos 2013
