Thursday, 13 February 2014

SEMPENA HARI PERSARAAN SETELAH BERTUGAS SELAMA 40 TAHUN.



Wednesday, 1 January 2014

Saturday, 30 November 2013


Monday, 16 September 2013

KABUR DAN KABUS

Duhai alam yang fana
Dengarlahkan bisikan hati ini
Biarpun kesepian dan sendu
Masih tetap bersyukur padaNya
Aku masih mampu mendengar
Bisikan angin lalu
Gemersik kicauan burung bercanda keriangan….

Duhai rasa usahlah kecewa
Biar didodoi nyanyi duka
Lenalah mendakap luka
Esok belum tentu ada cahaya
Kumpul kudrat menggapai redha

Suatu hari nanti, semua akan berakhir disini
Diantara bayangan kita yang saling berbincang tentang senja…
Panggillah aku situa atau sigila agar hatiku tidak berbunga sengsara
Kerna kitaran hari-hari terus berlalu
Sampai masanya bertitikkan noktah
Ketika itu jangan terkenang lagi
Kerana segalanya kabur dan kabus…
Berbicara dan janji berhenti sendiri…

25 Ogos 2013

Sunday, 21 July 2013

KEMANA HILANG HATINYA…..





















Kemana hilang hatinya
Kemana pergi jiwanya
Usah lagi bertanya….bersapa
Sudah kering airmatanya
Akibat terlalu berharap, terlalu percaya
Membawa seribu kecewa, seribu duka dan derita
Dolak dalik kata menyebabkan kata-kata tiada berharga
Susah untuk percaya…

Jangan salahkan hatinya
jika sudah ada rasa curiga
Apa yang terjadi…benar-benar depan mata
Kenapa dan mengapa, ada saja jawapannya
Tidak masuk akal jika itu-itu juga alasannya
Hatinya sudah jemu diperbodohkan begitu….
Dan hatinya……sudah mula membeku
Tiada lagi taman-taman berwarni
Kini kering dan mati…..
Dan jangan cuba mencari HATINYA…..

p/s: mata tidak pernah menipu apa yang dilihat…..
8hb Julai 2013

Monday, 1 April 2013
















HATI BAGAI HELAIAN KERTAS


Terasa pencarian ini seperti sekeping kertas
Nipis dan mudah tercarik
Terkadang diliputi warna warni
Terkadang direnyuk menjadi gumpalan
Terhumban dalam tong sampah
Setiap helaian kertas punya cerita
Segala tersurat helai demi helai
Kertas yang putih bertukar jadi hitam

Adusss…..terkadang pula
Yang tersurat tak sama dengan yang tersirat
Alpa dek pelbagai berita
Berita yang membawa diri jauh
Melayang keminda yang rapuh
Tulisan sudah tidak mampu bertahan memujuk kembali

Lantas…..
Gurisan mengalah
Angan berkuasa
Dan coretan pena terus menari dan menyanyi
Datang khilaf menyedar diri
Terlambat!!!!....
Warkah bertulis jatuh tersangkut di pohon kecewa
Dan harapan hancur berkecai!!!...
Robek yang bergumpal tidak dapat disatukan lagi!!
Tercampak dibakul sepi…….


18.03.2013
Khas untuk staff
Bhg Pengurusan & Sumber Manusia
Pusat Darah Negara
Kuala Lumpur


Wednesday, 13 February 2013


CAMERON HIGHLAND.. AKU DISINI LAGI
(Déjà vu Brinchang, Cameron Highland - 1963)

Kuarters Bomba sekarang, sudah berubah wajah.















Kuarters Bomba, Brinchang (1963)
Asing sekali rona-rona di sini
dingin yang mencengkam
sesekali menyengat rasa
aman tetapi sepi dalam kemeriahan
aku hadir dalam diam
mencuri rasa dalam tumpuan
rasa yang telah lama menghilang

rasa yang masih ada tetapi tiada berteman
setelah dia yang dahulu tenggelam
menyubur kembali setiap kenangan
menyapa bunga lalang berterbangan
menyejuk lara di jiwa
yang jauh ku bawa ke sini
dan berbicara denganku tanpa kata

meski aku tidak dapat melupakan dia
namun kenangan tidak pernah kepudaran
bukan kerana aku tidak bisa mendidik
mungkin juga kerana kisah-kisah silam
kerana aku bukan yang terbaik untuknya
bukan juga untuk kesepakatan bergelar setia

perasaan itu mengikuti aku disini
ketika zaman kanak-kanak
50 Tahun berlalu, saya masih
berdiri disini
juga hadir di sini, penuh memori
melakar gelora dalam dada
buih-buih bening beraroma sayang
tak terbendung buakkannya
dalam lagu berdendang duka
aku berpesta sementara
berkejaran dalam ilusi
berulit mimpi lena dalam jaga
ada memori sedih dan naif disini
kenyataannya……... aku sendiri tidak pasti

terima kasih Sang Kudus yang sempurna
kau mengubat jiwaku yang lara
ketenanganku yang sementara
cukup ketara, aku bahagia..
Ulang tahunku melangkau lagi usia….


13213
(Brincang, Cameron Highland)