Saturday, 17 November 2012


LANGKAWI – AKU DATANG LAGI

Jauh berbatu jarak terpisah
Meredah jalan berliku
Dari subuh hening
Penuh kesabaran, penuh keyakinan
Datang lagi kesini untuk sekian kali
Mengimbau kenangan manis
Kenangan memberi pengajaran
Kenangan membawa sempadan
Aku dan dia… sama-sama teruja
Ada ketika membawa duka
Biar perit mentari
Biar cuaca melekit di badan
Nampak luaran riang berpegangan
Mulut petah penuh bualan
Namamu tak lekang jadi sebutan
Bercerita kisah dulu-dulu
Bak Helang terbang tenang mengawasi
Tetap tabah menanti
Seribu harapan… mencari jawapan

Ada kala terbang tinggi
Tapi mata tetap disini
Ada cerita, ada peristiwa
Yang tak terucap dengan kata-kata
Biarlah dia disitu
Akan ku lawati sejarahnya
Supaya dekat dihati
Tetap bersemadi
Berdiri tegak dengan deruan angin
Keras biarpun dihempas ombak bergelora
Datang bersilih ganti
Langkawi, kau tetap di HATI…


Eagle Bay Hotel – Langkawi
13 – 15 November 2012


Monday, 5 November 2012

DAN AKU TERIMA NIKAHNYA…


Apabila kita ditakdirkan bersua
Dan akhirnya kita jatuh cinta semula
Meskipun ini semua cerita lama

Syukur padaMu Ya Allah
Kerana memberi peluang kedua
Aku, Kau ada cerita…
Memberikan ruang jalan rindu dan bahagia
Ada kalanya sukar
Bagai melihat bayang diair
Yang tidak boleh digenggam
Mengalir terus laju
Tetapi cukup meningalkan kesan

Apabila dilamar tanpa madah
Hatiku hanya pasrah padaMu Ya Allah
Kenal budi, kenal hatinya, kenal keluarga
Itu yang menjadi tiang utama

Melangkah aku kedalam tamannya
Membawa bersama “puteri” kesayangan
Menyerah hati dan harapan
Agar kau jaga dengan penuh keikhlasan


Akhirnya sampai juga detik itu
DAN AKU TERIMA NIKAHNYA
Bersaksikan bonda tercinta
Restunya…. juga air mata
“puteri” kesayangan yang mendahului
menggenggam tangan mesra…
dan aku sekadar terikat antara kedua


Dalam kepayahan mencari bahagia
Yang jarang dapat ku rasa
Kadang-kadang hilang dalam angin malam
Dan muncul semula dalam mimpi tengahari
Sehingga tersentak dari mimpi ngeri

Bahagia ku biarlah tersimpan disini
24 tahun aku abadikan diri
Biar menjadi rahsia HATI
Biarpun tiada lagi “puteri”
Dan satu ketika nanti
Akan ku sampaikan melalui memori

Adakah kau mengerti
Tentang cerita ini
Kebahagiaanku…. masihkah disini…
Tanpa “puteri” yang mewarnai…
Dan aku….Permaisuri yang sepi….


5hb November 1988 (Kg Lanchang )
5hb November 2012 (Tmn Seri Gombak)