SEGALANYA YANG MANUSIA BUAT ... didalam kegelapan malam akan menjadi jelas diwaktu siang. Kata-kata yang dilafaz dalam rahsia akan menjadi kata-kata biasa. Perbuatan yang dilakukan dalam sembunyi, akan dilaungkan ditiap jalan pada waktu esoknya.
Monday, 16 September 2013
KABUR DAN KABUS
25 Ogos 2013
Duhai alam yang fana
Biarpun kesepian dan sendu
Aku masih mampu mendengar
Bisikan angin lalu
Gemersik kicauan burung bercanda keriangan….
Duhai rasa usahlah kecewa
Biar didodoi nyanyi duka
Lenalah mendakap luka
Esok belum tentu ada cahaya
Kumpul kudrat menggapai redha
Suatu hari nanti, semua akan berakhir disini
Diantara bayangan kita yang saling berbincang tentang senja…
Panggillah aku situa atau sigila agar hatiku tidak berbunga
sengsara
Kerna kitaran hari-hari terus berlalu
Sampai masanya bertitikkan noktah
Ketika itu jangan terkenang lagi
Kerana segalanya kabur dan kabus…
Berbicara dan janji berhenti sendiri…25 Ogos 2013
Sunday, 21 July 2013
KEMANA HILANG HATINYA…..
Kemana hilang hatinya
Kemana pergi jiwanya
Usah lagi bertanya….bersapa
Sudah kering airmatanya
Akibat terlalu berharap, terlalu percaya
Membawa seribu kecewa, seribu duka dan derita
Dolak dalik kata menyebabkan kata-kata tiada
berharga
Jangan salahkan hatinya
jika sudah ada rasa curiga
Apa yang terjadi…benar-benar depan mata
Kenapa dan mengapa, ada saja jawapannya
Tidak masuk akal jika itu-itu juga alasannya
Hatinya sudah jemu diperbodohkan begitu….
Dan hatinya……sudah mula membeku
Tiada lagi taman-taman berwarni
Kini kering dan mati…..
Dan jangan cuba mencari HATINYA…..
p/s: mata tidak pernah menipu apa yang dilihat…..
8hb Julai 2013Monday, 1 April 2013
1378.jpg)
HATI BAGAI HELAIAN KERTAS
Terasa pencarian ini seperti sekeping kertas
Nipis dan mudah tercarik
Terkadang diliputi warna warni
Terkadang direnyuk menjadi gumpalan
Terhumban dalam tong sampah
Setiap helaian kertas punya cerita
Segala tersurat helai demi helai
Kertas yang putih bertukar jadi hitam
Adusss…..terkadang pula
Yang tersurat tak sama dengan yang tersirat
Alpa dek pelbagai berita
Berita yang membawa diri jauh
Melayang keminda yang rapuh
Tulisan sudah tidak mampu bertahan memujuk kembali
Lantas…..
Gurisan mengalah
Angan berkuasa
Dan coretan pena terus menari dan menyanyi
Datang khilaf menyedar diri
Terlambat!!!!....
Warkah bertulis jatuh tersangkut di pohon kecewa
Dan harapan hancur berkecai!!!...
Robek yang bergumpal tidak dapat disatukan lagi!!
Tercampak dibakul sepi…….
Khas untuk staff
Bhg Pengurusan & Sumber Manusia
Pusat Darah Negara
Wednesday, 13 February 2013
CAMERON HIGHLAND.. AKU DISINI LAGI
(Déjà vu Brinchang,
Cameron Highland - 1963)![]() |
| Kuarters Bomba, Brinchang (1963) |
dingin yang mencengkam
sesekali menyengat rasa
aman tetapi sepi dalam kemeriahan
aku hadir dalam diam
mencuri rasa dalam tumpuan
rasa yang telah lama menghilang
rasa yang masih ada tetapi tiada berteman
setelah dia yang dahulu tenggelam
menyubur kembali setiap kenangan
menyapa bunga lalang berterbangan
menyejuk lara di jiwa
menyejuk lara di jiwa
yang jauh ku bawa ke sini
dan berbicara denganku tanpa kata
meski aku tidak dapat melupakan dia
namun kenangan tidak pernah kepudaran
bukan kerana aku tidak bisa mendidik
mungkin juga kerana kisah-kisah silam
kerana aku bukan yang terbaik untuknya
bukan juga untuk kesepakatan bergelar setia
perasaan itu mengikuti aku disini
ketika zaman kanak-kanak
dan berbicara denganku tanpa kata
meski aku tidak dapat melupakan dia
namun kenangan tidak pernah kepudaran
bukan kerana aku tidak bisa mendidik
mungkin juga kerana kisah-kisah silam
kerana aku bukan yang terbaik untuknya
bukan juga untuk kesepakatan bergelar setia
perasaan itu mengikuti aku disini
ketika zaman kanak-kanak
![]() |
| 50 Tahun berlalu, saya masih berdiri disini |
melakar gelora dalam dada
buih-buih bening beraroma sayang
tak terbendung buakkannya
dalam lagu berdendang duka
aku berpesta sementara
berkejaran dalam ilusi
berulit mimpi lena dalam jaga
ada memori sedih dan naif disini
kenyataannya……... aku sendiri tidak pasti
terima kasih Sang Kudus yang sempurna
kau mengubat jiwaku yang lara
ketenanganku yang sementara
cukup ketara, aku bahagia..
kenyataannya……... aku sendiri tidak pasti
terima kasih Sang Kudus yang sempurna
kau mengubat jiwaku yang lara
ketenanganku yang sementara
cukup ketara, aku bahagia..
Ulang tahunku melangkau lagi usia….
13213
(Brincang, Cameron Highland)
Tuesday, 1 January 2013
YANG
KEJANG KAKU
Dalam mengingati kehidupan
Usah dilupa hari kematian,
Yang datangnya tiada jangkaan,
Yang sampainya satu kepastian,
Mengakhirkan segala kewajipan,
Berbekalkan segala persediaan.
Ingatlah, atas kecuaian dan
kealpaan,
segalanya boleh menjadikannya
terlambat,
kita mula terasa kesesalan,
kenapa kita tidak lakukan semasa
hayatnya,
untuk kita berkorban atas
pengorbanannya?
Atas kekakuannya ketika itu,
Usahlah dipohon maaf;
pintaanmu tidak akan terjawab.
Usahlah dirayu;
rayuanmu pastinya tiada
balasan lagi.
Usahlah ditangisi;
![]() |
| Pusara Bonda - 15 Dis 2011 |
tangismu hanya membasahi jasad
yang suci.
Usahlah dipeluk jasad yang
kaku;
yang sudah sejuk dan lesu.
Usahlah memohon simpati;
kalau setakat diluar hati,
yang tidak memberi sebarang
erti.
Yang pastinya;
yang pergi tetap pergi,
tiada apa lagi yang harus dinanti.
Hingga kini, Syukur aku masih
ada disini.
Walaupun aku sudah tiada lagi
disudut hati,
kosongnya dari hujung rambut
ke tapak kaki,
jasadnya hanya meniti hari
mendatang tanpa disedari,
tidak lagi menyusah dan menyakiti
hati,
perginya aku mengikut langkah
hati sendiri.
Aku melihat hanya yang nyata
tetapi kabur;
suara ku hanya dimengerti si pekak
badak;
aku mendengar hanya setakat
bisik merintih;
langkah aku bagaikan anak bertatih-tatih;
sudah jauh perginya, pastinya tak
akan kembali lagi.
TSG 20 12 2012
SIAPAKAH AKU.
SIAPAKAH AKU?
Satu ketika dulu,
tangis aku, tanpa airmata, tanda rindu;
tuli aku, tidak terdengar gelak suara dipenghujung malam;
buta aku, tidak melihat kelibat wajah ayu;
bisu aku, lidah kelu tidak berupaya nak berbicara;
nasihatku, bagaikan berlalu air di hulu;
intai aku, intaian yang tak tau siapa yang ditunggu;
cacat aku, bukan OKU tapi hatinya yang terguris sembilu;
tua aku, tua yang tidak punya sesuatu.
Disebalik langsir, di Taman Seri Gombak.
01 Januari 2013 @ 12:00 AM .
![]() |
| Kesedihan orang tua |
Satu ketika dulu,
tangis aku, tanpa airmata, tanda rindu;
tuli aku, tidak terdengar gelak suara dipenghujung malam;
buta aku, tidak melihat kelibat wajah ayu;
bisu aku, lidah kelu tidak berupaya nak berbicara;
nasihatku, bagaikan berlalu air di hulu;
intai aku, intaian yang tak tau siapa yang ditunggu;
cacat aku, bukan OKU tapi hatinya yang terguris sembilu;
tua aku, tua yang tidak punya sesuatu.
![]() |
| Mudah-mudahan perpanjangan begini |
Sekian lama mencari “SIAPAKAH AKU”?
Dan kini,
tangis aku, tangis ketika terlalu gembira;
tuli aku, kedengaran jelas azan dihujung desa;
buta aku, kembali melihat luar dan dalam;
bisu aku, kini berupaya gelak ketawa;
nasihatku, untuk perjalanan hidup sendiri, tidak memohon simpati;
intai aku, berdoa ketika melihat kereta jenazah lalu;
cacat aku, sihat segar bersenam di Taman Titiwangsa;
tua aku, tua yang segak dilihat isteri.
jawapannya tidak perlu dinanti lagi;
tarikh keramat ini menjadi saksi
segalanya ternoktah disini
menerima apajua yang ditentukan Illahi
diiringi “salam” dari seorang tua yang pasrah
sambil menunggu kerlipan bunga api; atau
sinar mentari diufuk timur,
sedetik sebelum menyambut hari bersejarah;
segalanya akan tersurat dan tersirat sepanjang hayat,
walaupun disambut "ada aku kisah?"
walaupun disambut "ada aku kisah?"
Disebalik langsir, di Taman Seri Gombak.
Subscribe to:
Posts (Atom)




1746.jpg)

1749.jpg)
1193.jpg)


1526.jpg)