Wednesday, 13 February 2013


CAMERON HIGHLAND.. AKU DISINI LAGI
(Déjà vu Brinchang, Cameron Highland - 1963)

Kuarters Bomba sekarang, sudah berubah wajah.















Kuarters Bomba, Brinchang (1963)
Asing sekali rona-rona di sini
dingin yang mencengkam
sesekali menyengat rasa
aman tetapi sepi dalam kemeriahan
aku hadir dalam diam
mencuri rasa dalam tumpuan
rasa yang telah lama menghilang

rasa yang masih ada tetapi tiada berteman
setelah dia yang dahulu tenggelam
menyubur kembali setiap kenangan
menyapa bunga lalang berterbangan
menyejuk lara di jiwa
yang jauh ku bawa ke sini
dan berbicara denganku tanpa kata

meski aku tidak dapat melupakan dia
namun kenangan tidak pernah kepudaran
bukan kerana aku tidak bisa mendidik
mungkin juga kerana kisah-kisah silam
kerana aku bukan yang terbaik untuknya
bukan juga untuk kesepakatan bergelar setia

perasaan itu mengikuti aku disini
ketika zaman kanak-kanak
50 Tahun berlalu, saya masih
berdiri disini
juga hadir di sini, penuh memori
melakar gelora dalam dada
buih-buih bening beraroma sayang
tak terbendung buakkannya
dalam lagu berdendang duka
aku berpesta sementara
berkejaran dalam ilusi
berulit mimpi lena dalam jaga
ada memori sedih dan naif disini
kenyataannya……... aku sendiri tidak pasti

terima kasih Sang Kudus yang sempurna
kau mengubat jiwaku yang lara
ketenanganku yang sementara
cukup ketara, aku bahagia..
Ulang tahunku melangkau lagi usia….


13213
(Brincang, Cameron Highland)