Dalam mengingati kehidupan
Usah dilupa hari kematian,
Yang datangnya tiada jangkaan,
Yang sampainya satu kepastian,
Mengakhirkan segala kewajipan,
Berbekalkan segala persediaan.
Ingatlah, atas kecuaian dan
kealpaan,
segalanya boleh menjadikannya
terlambat,
kita mula terasa kesesalan,
kenapa kita tidak lakukan semasa
hayatnya,
untuk kita berkorban atas
pengorbanannya?
Atas kekakuannya ketika itu,
Usahlah dipohon maaf;
pintaanmu tidak akan terjawab.
Usahlah dirayu;
rayuanmu pastinya tiada
balasan lagi.
Usahlah ditangisi;
![]() |
| Pusara Bonda - 15 Dis 2011 |
tangismu hanya membasahi jasad
yang suci.
Usahlah dipeluk jasad yang
kaku;
yang sudah sejuk dan lesu.
Usahlah memohon simpati;
kalau setakat diluar hati,
yang tidak memberi sebarang
erti.
Yang pastinya;
yang pergi tetap pergi,
tiada apa lagi yang harus dinanti.
Hingga kini, Syukur aku masih
ada disini.
Walaupun aku sudah tiada lagi
disudut hati,
kosongnya dari hujung rambut
ke tapak kaki,
jasadnya hanya meniti hari
mendatang tanpa disedari,
tidak lagi menyusah dan menyakiti
hati,
perginya aku mengikut langkah
hati sendiri.
Aku melihat hanya yang nyata
tetapi kabur;
suara ku hanya dimengerti si pekak
badak;
aku mendengar hanya setakat
bisik merintih;
langkah aku bagaikan anak bertatih-tatih;
sudah jauh perginya, pastinya tak
akan kembali lagi.
TSG 20 12 2012
1193.jpg)